Prop-C
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Prop-C

Conquer All
 
HomePortalRegisterLatest imagesLog inGallery

 

 Pendrive 512MB dan The Noob Terikat

Go down 
+2
KaaleQ
miekopkings
6 posters
AuthorMessage
miekopkings
Moderator
Moderator
miekopkings


Male
Number of posts : 852
Age : 36
Registration date : 2008-02-24

Pendrive 512MB dan The Noob Terikat Empty
PostSubject: Pendrive 512MB dan The Noob Terikat   Pendrive 512MB dan The Noob Terikat EmptySun Mar 16, 2008 1:48 pm

Pendrive dan The Noob Terikat

Pendrive 512MB vs The NooB

Venue : Old Wajaford


Keadaan padang hari ini, tampak baik dan lampu limpah pun terang dan berfungsi dengan baik, tetapi bagaimanakah prestasi pasukan Pendrive di laman sendiri hari ini?

Permainan agak rancak, berlainan dengan perlawanan antara PES dan SV, bermula pada minit ke 15, psycoparadox membuat larian cantik de bahagian kanan padang melepasi encore, lalu membuat hantaran lintang yang menarik untuk ditanduk masuk ke sudut kanan gol oleh iefie 265. The NooB tidak menunggu lama untuk menambah jurang, kali ini iefie melalui sepakan sudut yang mudah ditanduk masuk oleh scofield melepasi encore yang terkapai-kapai cuba menanduk bola yang terlalu tinggi baginya. Walaupun ketinggalan 2-0, dengan keadaan rumput dan lampu limpah yang baik, pasukan Pendrive menentang balik. Gerakan dimulakan oleh encore membuat hantaran lambung untuk Kaleeq yang membuat dummy yang cantik untuk melepasi psycoparadox, dan psycoparadox yang kelihatan terdesak membuat bentesan yang kasar dari belakang. Pengadil meniup wisel dan menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Pendrive dan menghadiahkan pula kad merah untuk psycoparadox. Kaleeq dengan tenang merembat kencang ke kanan gol dan memperdaya iefie untuk gol pertama Pendrive. Ketiadaan psycoparadox di bahagian tengah dipergunakan sebaiknya oleh Pendrive yang telah mengawal permainan, dan pada minit ke 43, encore sekali lagi bertindak sebagai perancang gerakan Pendrive dengan membuat ‘through pass’ melepasi kawalan iefie dan tepat ke arah Kaleeq yang terus merembat kencang untuk menewaskan scofield yang berada di hadapan garisan gol untuk menyamakan kedudukan. Kedudukan kekal 2-2.

Semasa masa rehat, suara iefie pengurus pasukan The NooB dapat didengari hingga ke padang. Dan pada mula separuh masa kedua, pasukan The NooB nampak lebih berdisiplin di bahagian pertahanan. Kaleeq kelihatan sukar untuk meloloskan diri dari kawalan ketat dari scofield. Dan iefie juga kadang-kadang turun membantu untuk mengekang encore. Pada minit ke 70, encore mempunyai peluang yang baik untuk mendapatkan 3 mata penuh untuk pasukannya selepas dia bijak melepasi dua kawalan pasukan The NooB, tetapi sepakannya terkena palang gol, walaupun tiada siapa yang menjaga gol untuk The NooB. Kaleeq nampak berang kerana encore tidak memperdulikannya dan memusnahkan hasratnya untuk mendapatkan hat-trick.Perlawanan terus ketat dan lebih berhati-hati hingga akhir perlawanan dan kekal hingga wisel penamat. 2-2.



Keputusan Perlawanan : Pendrive 512MB 2-2 The NooB

Man of the match : Kaleeq

Temubual :

Kaleeq: Dua gol, man of the match, tetapi gagal mendapat 3 mata penuh di laman sendiri, bagaimanakh perasaan anda hari ini?

Encore86: Pasukan anda berjaya kembali dari dua kosong untuk menyamakan kedudukan tetapi tidak mampu mendapat 3 mata penuh, komen tentang permainan anda dan pasukan hari ini?

Iefie265: Berjaya mendahului 2 gol, tetapi kad merah yang dilayang kepada psycoparadox tampak menjadi penyebab anda gal mengutip 3 mata penuh hari ini. Komen tentangnya, dan komen tentang jeritan anda yang kedengaran semasa masa rehat tadi?

Psycoparadox: Anda dilayangakan kad merah pada separuh masa pertama, dan mungkin menjadi penyebab kegagalan pasukan anda mengutip 3 mata penuh, berikan komen anda?

Scofield: Gol pertama anda untuk pasukan anda, berikan komen?
Back to top Go down
KaaleQ
Intermediate
Intermediate
KaaleQ


Male
Number of posts : 260
Age : 38
Location : dalam bilik, depan laptop
Registration date : 2008-03-04

Pendrive 512MB dan The Noob Terikat Empty
PostSubject: Re: Pendrive 512MB dan The Noob Terikat   Pendrive 512MB dan The Noob Terikat EmptySun Mar 16, 2008 2:10 pm

Kaleeq: Dua gol, man of the match, tetapi tidak mendapat 3 mata penuh di laman sendiri, bagaimanakh perasaan anda hari ini?

saya berpuas ati dengan permainan pasukan pada hari ini. ketinggalan 2 gol dan kemudian berjaya mengikat kedudukan. cuma nasib x menyebelahi kami kerana x termenang mcm yg pernah dilakukan oleh perak, bangkit dari ketinggalan 2 gol dlm perlawanan piala fa sebelum ini. dua kekalahan berturut-turut dlm frenly game tidak menjejaskan semangat kami. 1 mata yg diperolehi pd mlm ini menunjukkan ade peningkatan dlm pasukan jika hendak di bandingkan dengan sebuah team yg x berapa konsisten tu. liga baru bermula dan perjalanan masih jauh. 2 gol dan man of the match pd mlm ni tidak boleh dibanggakan sgt kerana pasukan kami menentang pasukan lawan yg bermain dengan kurang seorang pemain. terima kasih kepada penyokong yg dtg dan juga pihak pengurusan stdm yg menjalankan tugas dgn baik dlm menjaga kualiti padang dan lampu limpah. terima kasih semua.
Back to top Go down
http://www.yob4ever.com/forum
iefie265
Beginner
Beginner
iefie265


Male
Number of posts : 117
Age : 37
Location : Setapak, KL
Registration date : 2008-02-24

Pendrive 512MB dan The Noob Terikat Empty
PostSubject: Re: Pendrive 512MB dan The Noob Terikat   Pendrive 512MB dan The Noob Terikat EmptySun Mar 16, 2008 3:54 pm

Berjaya mendahului 2 gol, tetapi kad merah yang dilayang kepada psycoparadox tampak menjadi penyebab anda gal mengutip 3 mata penuh hari ini. Komen tentangnya, dan komen tentang jeritan anda yang kedengaran semasa masa rehat tadi?


Saya dah cakap sebelum ni, ini baru satu permulaan, skrg, nah! pasukan kami berjaya mengikat pasukan lawan. *dgn muka bangga* Memang pada mulanya pasukan kami bermain dengan agak baik sehingga dapat mendahului 2 gol. Tapi tu la, pemain kami terlalu gopoh. Pada mulanya segala strategi yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Maklum la, pemain muda, semangat pun berkobar-kobar, sampai TERbentes pihak lawan. Tak pasal2 pihak lawan dapat satu gol. Lepas je kejadian tu, moral pemain mula jatuh, permainan mula jadi kucar-kacir.
Sebab tu masa waktu rehat tu saya basuh diorng habis2an, bukan ape, nak naikkan semngat diorng. masa tu saya tak sedar saya jerit kuat sangat. Bermula separuh masa ke2, saya lihat pemain lebih berdisplin dan kembali mengikut strategi asal. Tak sia-sia saya marah diorg *tersenyum*. Cuma pada separuh masa kedua, saya lihat pihak lawan lebih berhati2, membuatkan pasukan kami sukar untuk menambah jaringan.

Secara keseluruhannya, saya lihat permainan kali ini lebih bagus dari permainan lepas, cuma sedikit kesilapan yang dilakukan menyebabkan pasukan tidak dapat mendahului. Ianya akan menjadi pengajaran kepada pasukan kami untuk lebih maju pada perlawanan akan datang. Kepada semua pemain, kekalkan prestasi permainan. Terutama kepada tonggak utama kami, psycoparadox dan scofield.
Back to top Go down
encore86
Senior
Senior
encore86


Male
Number of posts : 437
Age : 37
Location : Penang, Johore.
Registration date : 2008-02-23

Pendrive 512MB dan The Noob Terikat Empty
PostSubject: Re: Pendrive 512MB dan The Noob Terikat   Pendrive 512MB dan The Noob Terikat EmptySun Mar 16, 2008 4:09 pm

Encore86: Pasukan anda berjaya kembali dari dua kosong untuk menyamakan kedudukan tetapi tidak mampu mendapat 3 mata penuh, komen tentang permainan anda dan pasukan hari ini?

memang tidak disangka cabaran yang diberikan oleh The Noob agak sengit. mungkin ini satu pengajaran bagi pasukan kami supaya tidak memandang rendah terhadap kumpulan "Noob"... heheheee "sambil pandang awek cun"...
pada mulanya, strategi pasukan kami adalah menyerang bertubi2 terhadap pasukan lawan, namun strategi itu membuatkan pasukan kami ghairah untuk menyerang sehingga terlupa untuk bertahan... jadik ini memberi peluan terhadap pasukan lawan mengambil kesempatan atas kelalaian kami...
ape2 pn.. next game... beware...!!! "sambil bagi no fon kat awek tadi"...heheehe
Back to top Go down
http://www.friendster.com/encore86
scofield
Moderator
Moderator
scofield


Male
Number of posts : 587
Age : 36
Location : ISS
Registration date : 2008-02-25

Pendrive 512MB dan The Noob Terikat Empty
PostSubject: Re: Pendrive 512MB dan The Noob Terikat   Pendrive 512MB dan The Noob Terikat EmptyMon Mar 17, 2008 1:30 pm

Gol pertama anda untuk pasukan anda, berikan komen?

nampaknya percaturan kami berhasil dan dengan semangat yang ad pada setiap ahli pasukan The NooB membantu saya menjaringkan gol yang pertama untuk pasukan. cheers

pasukan lawan bernasib baik sbb psycoparadox kn red card..kalo x mmg gigit jari la team lwn..
jadi kami akan memberikan tentangan sengit untuk menguasai perlawanan slps ni..

hidup The NooB cheers
Back to top Go down
psycoparadox

psycoparadox


Male
Number of posts : 125
Age : 37
Registration date : 2008-02-22

Pendrive 512MB dan The Noob Terikat Empty
PostSubject: Re: Pendrive 512MB dan The Noob Terikat   Pendrive 512MB dan The Noob Terikat EmptyMon Apr 07, 2008 2:53 pm

Anda dilayangakan kad merah pada separuh masa pertama, dan mungkin menjadi penyebab kegagalan pasukan anda mengutip 3 mata penuh, berikan komen anda?

memandangkan saya diimport dari liga itali, permainan keras telah sebati dengan darah saya. kad merah itu sepatutnya tidak dilayangkan..... kalu di liga kampung saya di itali nu.. itu dikira clean tackle... player sini lembek2 sangat..... keh..keh..keh... apa2 pon saya meminta maap kepada ahli pasukan saya..... tq
Back to top Go down
Sponsored content





Pendrive 512MB dan The Noob Terikat Empty
PostSubject: Re: Pendrive 512MB dan The Noob Terikat   Pendrive 512MB dan The Noob Terikat Empty

Back to top Go down
 
Pendrive 512MB dan The Noob Terikat
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pendrive 512MB vs The NooB
» The NooB vs Pendrive 512MB
» [Piala PL]The NooB vs Pendrive 512MB
» [Piala PL] Pendrive 512MB vs The NooB
» The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Prop-C  :: Prediction League :: SportCenter-
Jump to: