Prop-C
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Prop-C

Conquer All
 
HomePortalRegisterLatest imagesLog inGallery

 

 The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB

Go down 
5 posters
AuthorMessage
miekopkings
Moderator
Moderator
miekopkings


Male
Number of posts : 852
Age : 36
Registration date : 2008-02-24

The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB Empty
PostSubject: The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB   The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB EmptySun Mar 30, 2008 2:25 pm

The NooB Mencatat Kemenangan Pertama

The NooB vs Pendrive 512MB

Venue : Stadium NooB City


Satu lagi perlawanan getir antara dua yang belum lagi pernah mencatat kemenangan selama mereka berkecimpungan di dalam arena PL. Kedua-dua pasukan menurunkan pemain yang sama untuk perlawanan kali ini. The Noob terus menyerang kubu Pendrive dengan bertubi-tubi sebaik wisel permulaan. Mereka nampak mempunyai lebih tekad untuk memperoleh kemenangan hari ini. Usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke 6, pasukan The NooB mendapat sepakan percuma yang cantik diambil oleh psycoparadox melepasi benteng ke bucu kanan gol untuk gol pertama The NooB. Encore di gawang Pendrive hanya mampu melihat. Tayangan gol pertama:


https://www.youtube.com/watch?v=EISuFCrXm9E

Gol kedua tiba pada minit ke 12. Kali ini, scofield menjadi penggerak serangan. Bola hantaran jauhnya tepat kepada iefie yang berjaya melepaskan diri dari encore dan menyepak masuk mudah ke gawang yang kosong. The NooB belum nampak bersedia untuk bertenang, pada minit ke23, psycoparadox pula memulakan gerakan dengan gerakan solo melepasi Kaleeq, dan hantaran lintangnya tepat pada iefie untuk ditanduk masuk. Pasukan Pendrive yang nampak kekecewaan membuat gerakan terdesak untuk mencari gol. Kaleeq merembat dari tengah padang ke arah gol yang kosong, tetapi sayang bola melewati palang gol. Peluang tersebut lantas menyebabkan semangat The NooB kembali. Pada minit ke 30, iefie melengkapkan hat-triknya dengan gerakan solo melepasi Kaleeq dan Encore selepas itu, lalu menyepak mudah bola ke tengah gawang. Pasukan Pendrive nampak sudah mengaku kalah dan berputus asa seperti yang ditunjukkan oleh kawalan yang nampak agak malas. Psycoparadox enggan menjadi bayang-bayang kepada iefie, pada minit ke 40, beliau sekali lagi menjaringkan gol, melalui tandukan selepas iefie membuat hantaran lintang yang cantik dari sebelah kanan padang. Keputusan kekal hingga wisel separuh masa, The NooB 5 Pendrive 0.



Pasukan Pendrive masuk semula ke dalam padang dengan wajah yang agak muram. Ternyata masa rehat tidak dapat digunakan Kaleeq untuk memotivasikan pasukannya. The NooB sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke 53, iefie sekali lagi menghantui pasukan Pendrive apabila rembatan deras dari luar kotak penaltinya tepat ke bahagian bawah palang gol seperti ’avatar miekopkings’ dan masuk untuk gol ke 4 peribadinya dan keenam pasukannya. Selepas gol itu barulah pasukan Pendrive telah tersedar dari lena, dan mereka mula mengasak gawang The NooB secara bertubi-tubi. Pada minit ke 70, rembatan deras yang diberi jolokan ”Kaleeq Rocket” berjaya ditanduk keluar oleh scofield untuk sepakan sudut. Scofield terus dibawa keluar untuk menerima rawatan akibat keberaniannya menerima sepakan tadi. Dari sepakan sudut tersebut, Kaleeq mengambilnya dan hantrannya tepat pada encore yang melompat tinggi melepasi kawalan iefie tetapi tandukannya menyinggah palang gol. Ternyata nasib tidak menyebelahi Pendrive hari ini, apabila bola lantunan dari palang gol itu dikawal baik oleh psycoparadox yang membawa laju hingga ke gawang Pendrive lalu dengan tidak tamaknya menghantar bola sebelah ke arah iefie untuk disepak masuk untuk menjadikan kedudukan 7-0. Pendrive terus menyerang untuk merapatkan jurang, tetapi The NooB terus bertahan untuk mengekalkan kedudukan hingga ke wisel penamat.


Keputusan Perlawanan : The NooB 7-0 Pendrive 512MB



Man of The Match : iefie 265



Temubual :


Iefie: Kemenangan pertama pasukan, 5 gol, anugerah man of the match dan pasukan anda telah mennyamai rekod kemenangan terbesar dalam sejarah PL yang dilakukan oleh pasukan PES 08 juga pada hari ini. Bagaimanakah perasaan anda sekarang

Psycoparadox: Anda telah menjaringkan salah satu gol tercantik dalam sejarah PL, bagaimanakah perasaan anda semasa, sebelum dan selepas menjaringkan gol secantik itu?

Scofield: Soalan ringkas, bagaimanakah rasanya menerima penangan ‘Kaleeq Rocket’?

Encore86: Bagaimanakah perasaan sebagai pemain selepas mengharungi minggu yang penuh kontroversi dan selepas itu dikalahkan sebegini rupa?

Kaleeq: Soalan ringkas, apakah masalah yang anda rasa wujud pada pasukan anda sekarang?
Back to top Go down
KaaleQ
Intermediate
Intermediate
KaaleQ


Male
Number of posts : 260
Age : 38
Location : dalam bilik, depan laptop
Registration date : 2008-03-04

The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB Empty
PostSubject: Re: The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB   The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB EmptySun Mar 30, 2008 5:16 pm

Kaleeq: Soalan ringkas, apakah masalah yang anda rasa wujud pada pasukan anda sekarang?

defend....kami perlukan pemain yg hebat di bahagian pertahanan. 12 gol dalam 2 game memang mengecewakan. justeru itu, saya mempelawa mane2 bakat baru yg ingin menonjolkan bakat dalam dunia PL menyertai pasukan ini. 512mb sedia menawarkan kontrak kpd anda. kami juga masih berharap agar raivoc dapat menyertai kami apabila pintu perpindahan kembali dibuka nanti.

saya ingin menyentuh sedikit mengenai perlawanan dgn NooB. piala PL bkn matlamat kami. walaupun ketinggalan dgn jaringan yg agak besar, kami masih ade 90 minit lagi serta sedikit kelebihan bermain di tempat sendiri. kpd pasukan NooB...jgn terlalu gembira dgn kemenangan tersebut.peace.
Back to top Go down
http://www.yob4ever.com/forum
scofield
Moderator
Moderator
scofield


Male
Number of posts : 587
Age : 36
Location : ISS
Registration date : 2008-02-25

The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB Empty
PostSubject: Re: The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB   The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB EmptyMon Mar 31, 2008 12:51 pm

Scofield: Soalan ringkas, bagaimanakah rasanya menerima penangan ‘Kaleeq Rocket’?

saya rasa agak bertuah sebab terselamat...penangan Kaleeq Rocket mmg sgt hbt tetapi pasukan kami ternyata lebih hebat daripada penangan Kaleeq Rocket 2...so, jgn pandang rendah pasukan Thee NooB...
Tahniah saya ucapkan kepada manager....U are fantastic....


cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers
Back to top Go down
iefie265
Beginner
Beginner
iefie265


Male
Number of posts : 117
Age : 37
Location : Setapak, KL
Registration date : 2008-02-24

The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB Empty
PostSubject: Re: The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB   The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB EmptyTue Apr 01, 2008 5:30 pm

Kemenangan pertama pasukan, 5 gol, anugerah man of the match dan pasukan anda telah mennyamai rekod kemenangan terbesar dalam sejarah PL yang dilakukan oleh pasukan PES 08 juga pada hari ini. Bagaimanakah perasaan anda sekarang


Sememangnye saya rasa amat berpuas hati dan berbangga dengan pencapaian pasukan kami kali ini. Saya mengharapkan kemenangan, tetapi tidak lah kemenangan sebesar ini. Dengan pasukan lawan yang jauh lebih berpengalaman dari kami, saya rasa kemenangan ini amat bermakna. Tak sia2 pasukan kami bersungguh2 berlatih. Kali ni saya lihat semua ahli pasukan mempunyai motivasi yang sangat tinggi dari mula hingga akhir permainan. Tapi, kemenangan ini bukan satu sebab untuk kami terus berasa selesa, kami tak boleh terlalu gembira, persaingan untuk perlawanan akan datang masih sengit dan kami perlu mengekalkan dan memantapkan lagi prestasi pasukan.

5 gol, sememangnya jumlah gol yang banyak, ini kali pertama saya menjaringkan gol sebanyak itu dalam satu2 perlawanan. Saya berasa sangat terharu dan gembira dengan anugerah man of the match yg saya terima..anugerah ini adalah untuk pasukan saya!!terima kasih semua!!*angkat tangan dengan muka penuh bangga dan gembira*

er..matlamat saya akan datang, saya akan pecahkan rekod kemenangan besar PL yg turut dipegang oleh pasukan PES 08....hahaha (boleh ke?) affraid


yeah..for this momment, i'm fantastic...u 2 scofield!!

cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers
Back to top Go down
psycoparadox

psycoparadox


Male
Number of posts : 125
Age : 37
Registration date : 2008-02-22

The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB Empty
PostSubject: Re: The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB   The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB EmptyMon Apr 07, 2008 4:06 pm

Anda telah menjaringkan salah satu gol tercantik dalam sejarah PL, bagaimanakah perasaan anda semasa, sebelum dan selepas menjaringkan gol secantik itu?


pertama-tama sekali saya bersyukur kepada tuhan dengan bakat yang diberi olehnya....
kerjasama sepasukan adalah penyebab utama sy menjarinkan gol ini.....
gandingan yang baik dan serasi diantara rakan sepasukan menyebabkan kami mendapat kejayaan yang tidak diduga ini......
harapan sy agar tidak menjadi liabiliti kepada team telah dimakbulkan tuhan.....
syabas bete......
Back to top Go down
Sponsored content





The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB Empty
PostSubject: Re: The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB   The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB Empty

Back to top Go down
 
The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kemenangan Tipis SV Ke Atas The NooB
» Pendrive 512MB dan The Noob Terikat
» The NooB vs Pendrive 512MB
» Kemenangan Sulung Pendrive Tetapi The NooB Ke Perlawanan Akhir
» [Piala PL]The NooB vs Pendrive 512MB

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Prop-C  :: Prediction League :: SportCenter-
Jump to: