Prop-C
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Prop-C

Conquer All
 
HomePortalRegisterLatest imagesLog inGallery

 

 SV Mangsa Terbaru PES 08

Go down 
3 posters
AuthorMessage
miekopkings
Moderator
Moderator
miekopkings


Male
Number of posts : 852
Age : 36
Registration date : 2008-02-24

SV Mangsa Terbaru PES 08 Empty
PostSubject: SV Mangsa Terbaru PES 08   SV Mangsa Terbaru PES 08 EmptyThu Apr 10, 2008 6:23 pm

SV Mangsa Terbaru PES 08

Selut Volunterior vs PES 08

Venue : Stamford Straits Time


Walaupun pasukan PES 08 jauh mendahului dengan agregat 7-0, namun kehadiran penonton di stadium Stamford Straits Time tetap menggalakkan. Pengurus merangkap pemain SV, absolutely, tidak bermain hari ini kerana dihidapi penyakit yang tidak dapat dikenalpasti. Mungkin benar kata-kata pepatah melayu, luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu.

Permainan bermula dengan rancak, penjaring terbanyak Piala PL, el_nino, tampak penuh bersemangat menambah jumlah jaringannya dalam perlawanan ini. Pada seawall minit ke 7, hantaran jauh miekopkings berjaya disambut baik oleh el_nino dan rembatannya tepat ke penjuru gol menewaskan raivoc di gawang gol. Formasi pasukan SV satu penjaga gol, dan satu pemain belum cukup untuk menghalang kemaraan el_nino. Tetapi, pada minit ke 15, pasukan SV membalas kembali. Berpunca dari sepakan gol yang diambil raivoc, miekopkngs cuba menanduk keluar bola dari kawasan bahaya tetapi tandukannya tidak mengenai bola lalu terlepas kea rah SWAT yang menunggu dengan penuh nafsu dan dengan mudah menolak masuk untuk gol penyamaan. Miekopkings menggeleng kepala mengaku kesilapannya. Pada minit ke 25, el_nino kembali mengganas. Beliau membawa bola dari garisan tengah padang, melepasi kawalan SWAT dengan larian yang diberi nama ‘ITS NANDO(FERNANDO TORRES)’, dan beliau dengan tenang menyepak bola ke celah kelangkang raivoc untuk menjadikan kedudukan 2-1 untuk Pes 08. SWAT tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan. Pada minit ke 30, raivoc sekali lagi menjadi perancang dari bawah. Sepakan percumanya dari kotak penaltinya sendiri terus ke arah SWAT yang mengawal cantik untuk meloloskan diri dari miekopkings yang tampak penat, dan dengan mudah menyepak ke arah gawang yang kosong. Miekopkings menjerit menyalahkan diri sendiri. Derita miekopkings berterusan apabila bentesan kerasnya mengakibatkan sepakan percuma yang diambil cantik melepasi benteng dan masuk untuk menjadikan kedudukan 3-2 untuk SV. Miekopkings di dalam derita. El_nino bertindak melakukan gerakan sendiri apabila tidak menghiraukan miekopkings yang kosong untuk merembat dari luar kotak penalti untuk kembali menyamakan kedudukan. Kedudukan 3-3 kekal hingga wisel rehat.

Permainan bermula semula dengan miekopkings nampak sudah melupakan persembahan buruk separuh masanya itu. PES 08 terus menyerang bertubi-tubi kubu SV dan pada minit ke 78, el_nino sekali lagi membuat larian ’ITS NANDO’ melepasi SWAT dan membuat hantaran lintang yang berjaya ditanduk cantik miekopkings untuk menjadikan kedudukan 4-3 untuk PES 08. Serangan balas terus dilakukan SV untuk mencari gol penyamaan. Dan pada minit ke 89, raivoc hampir menjaringkan gol ulungnya melalui sepakan sudut SWAT yang ditanduk cantik hanya untuk dikeluarkan el_nino di hadapan garisan gol. Kedudukan kekal 3-4 hingga wisel penamat. Peminat PES 08 membanjiri luar stadium untuk meraikan pemain yang berjaya membawa pasukan ke perlawanan akhir pertama di dalam sejarah.


SV Mangsa Terbaru PES 08 Angry_crowd



Keputusan Perlawanan : Selut Volunterior 3-4 PES 08



Man of The Match : el_nino



Temubual :
el_nino: Satu lagi hattrik dan anugerah man of the match untuk membawa pasukan anda ke peringkat akhir. Komen?

SWAT007: Ceritakan sedikit tentang keadaan penyakit sindrom 'Luka di Hati Siapa Yang Tahu' yang dihidapi absoutely. Apakah usaha pasukan ini untuk masalah ini?

Miekopkings: Persembahan yang buruk pada separuh masa pertama. Tetapi akhirnya wira gol kemenangan perlawanan.Komen?

raivoc: Perlawanan rasmi anda yang pertama, tanpa absolutely. Sunyi tak?
Back to top Go down
miekopkings
Moderator
Moderator
miekopkings


Male
Number of posts : 852
Age : 36
Registration date : 2008-02-24

SV Mangsa Terbaru PES 08 Empty
PostSubject: Re: SV Mangsa Terbaru PES 08   SV Mangsa Terbaru PES 08 EmptyThu Apr 10, 2008 7:12 pm

Miekopkings: Persembahan yang buruk pada separuh masa pertama. Tetapi akhirnya wira gol kemenangan perlawanan.Komen?

Secara individunya saya kecewa dengan prestasi saya yang menjadi penyebab tiga gol yang kami lepaskan pada separuh masa pertama. Tetapi kami yakin akan kemenangan, lagipun memang kami dah mendahului 7-0 aggregat, jd rasanya kalo 90 minit tadi semua pemain tidur pun dah mencukupi untuk layak ke peringkat akhir.

Saya tak anggap saya wira kemenangan hari ini. Saya hanya menjaringkan gol kemenangan sahaja. Tetapi saya rasakan el_nino lebih layak digelar wira hari ini. Saya cuma harap dia boleh membawa prestasi cemerlang Piala dia tu ke Liga pula.

Kata terakhir WE R FANTASTIC
Back to top Go down
el_nino
Moderator
Moderator
el_nino


Male
Number of posts : 1213
Age : 37
Location : atas tikar terbang
Registration date : 2008-02-25

SV Mangsa Terbaru PES 08 Empty
PostSubject: Re: SV Mangsa Terbaru PES 08   SV Mangsa Terbaru PES 08 EmptyThu Apr 10, 2008 7:15 pm

el_nino: Satu lagi hattrik dan anugerah man of the match untuk membawa pasukan anda ke peringkat akhir. Komen?


terima kasih para penyokong PES 08!

tak lupa juga kepada pengurus pasukan, formasi yg ditetapkan sungguh berkesan..
tahniah pengurus!

emm..hat-trick..saya pun pelik kenapa saya begitu menyerlah dlm merebut piala..
dlm liga seakan2 tenggelam...
mungkin perbezaan waktu permainan kot... Laughing Laughing
walaubagaimanapun,saya akan terus perbaiki mutu permainan saya utk masa akan dtg..

mara ke final...
kekalahan bertemu the noob baru2 ni sedikit sbyk merisaukan kami..
tp..
kami akan pastikan piala milik kami!!
Back to top Go down
SWAT007
Intermediate
Intermediate
SWAT007


Male
Number of posts : 294
Age : 37
Registration date : 2008-02-25

SV Mangsa Terbaru PES 08 Empty
PostSubject: Re: SV Mangsa Terbaru PES 08   SV Mangsa Terbaru PES 08 EmptySat Apr 12, 2008 12:34 am

SWAT007: Ceritakan sedikit tentang keadaan penyakit sindrom 'Luka di Hati Siapa Yang Tahu' yang dihidapi absoutely. Apakah usaha pasukan ini untuk masalah ini?

kami cuba untuk bermain bersungguh2 perlawanan ini wpun plawanan ptama kami tewas 7-0, namun kami berjaya mengekang pes08 supaya tidak menang besar lg... Absolutely mengalami kecederaan yang amat serius dan memerlukan jangkamasa yang panjang untuk pulih. tapi perkara ni dpt di atasi disebabkan raivoc sudah pulih drpd kecederaan wpun blum sepenuhnya... kami akan cuba sedaya upaya untuk meneruskan perjuangan di liga sehingga habis musim...
Back to top Go down
Sponsored content





SV Mangsa Terbaru PES 08 Empty
PostSubject: Re: SV Mangsa Terbaru PES 08   SV Mangsa Terbaru PES 08 Empty

Back to top Go down
 
SV Mangsa Terbaru PES 08
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Berita Perpindahan Terbaru

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Prop-C  :: Prediction League :: SportCenter-
Jump to: