Transfer Window sudah dibuka.. Pengurus setiap pasukan seperti biasa sibuk melengkapkan pasukan mereka dengan pemain baru dan mungkin menjual pemain lama..
Kaaleq seperti biasa menjadi pengurus yang paling sibuk.. Beliau telah dengan senyap bercadang untuk mendapatkan pemain baru dari PES08, kechique, untuk ditukarkan dengan pemain yang menurut beliau tidak lagi sesuai untuk pasukannya iaitu encore86..
iefie265 pula bercadang mendapatkan Badrul Bakhtiar untuk menghancurkan terus pasukan Pendrive dan bercadang menjadikan scofield sebagai penukar..
Manakala PES08 sibuk mengajak pemain baru untuk melengkapkan pasukan mereka, selain ada mengajak absolutely a.k.a oxigen untuk kembali dan bertukar arah kepada pasukan juara PL Cup itu..